Tuesday, 26 April 2011

DAGING HITAM MANIS


DAGING HITAM MANIS
SUMBER: MAJALAH KELUARGA

BAHAN - BAHANNYA

600 gm. Daging
100 gm. Bawang Merah     }
50 gm. Bawanh pitih          } dihiris
1.5 sm. Halia                       }
2 batang Serai - diketuk
2 helai Daun Kari
1 sudu makan Serbuk Cili
1 sudu makan Rempah Kari Daging
2 sudu makan Serbuk ketumbar
2 sudu makan Jintan Manis
2 sudu makan Jintan Putih
3 sudu makan Air Asam Jawa
1/2 cawan Kicap Manis
Garam secukup rasa
5 kuntum Bunga Lawang
5 kuntum Bunga Cengkih
5 biji Buah Pelaga
3 sm. Kulit Kayu Manis
sedikit Minyak

CARA MEMBUATNYA

   Panaskan minyak,kemudian masukkan bunga lawang, bunga cengkih,
kulit kayu manis dan buag pelaga. Masukkan bawang merah, bawang 
putih dan halia.Tumis hingga naik bau kemudian masukkan daun kari 
dan serai.
   Masukkan serbuk cili, rempah kari daging, serbuk ketumbar, jintan 
manis dan jintan putih. Campurkan sedikit air dan tumis hingga naik 
bau. Masukkan daging dan diikuti kicap manis. Selepas daging empuk, 
masukkan air asam jawa dan garam secukupnya. 

No comments:

Post a Comment