Thursday 16 February 2012

KEK MARBLE


KEK MARBLE
BAHAN-BAHANNYA
10 Biji  Kunjng Telur
10 Bjiji Putih Telur
300 gm Gula Kastor
320 gm Tepung Gandum
2 sdt Double Acting   { diayak bersama
2 sdm Serbuk Koko    { 
400 gm Mentega     { pukul rata -
6 sdm Susu Pekat   { ketepikan
1 sdt Minyak Vanila


CARA MEMBUATNYA
     Pukul putih telur hingga naik lalu masukkan gula. Masukkan 
kuning telur dan pukul lagi selama 7 minit sehingga adunan naik. 
Hentikan mesin pemutar. Masukkan campuran mentega dan susu 
lalu digaul rata. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu 
bahagian dimasukkan serbukkoko dan digaul rata dan satu bahagian 
lagi biarkan warna asal.
     Griskan loyang 9 x 9 x 3 inci yang telah dialas kertas dengan sedikit 
mentega. Masukkan adunan tanpa warna berselang seli dengan adunan 
koko. Buat proses ini sehingga adunan habis.Kacau sedikit dengan lidi 
untuk membentuk corak.Bakar didalam ketuhar dengan suhu 180 C' 
selama 1 jam.  

KEK ISTANA


KEK ISTANA
BAHAN-BAHANNYA
250 gm Mentega
250 gm Tepung Naik Sendiri
8 Biji Telur
100 gm Kacang Tanah - dikisar
400 gm Buah-buahan Campuran - digaul dengan sedikit tepung.
Sedikit Garam
Sedikit Esen Vanila


CARA MEMBUATNYA
     Gula kastor dan mentega dipukul sehingga kembang. Masukkan 
esen vanila dan garam dan dipukul lagi sehingga kembang. Setelah
itu masukkan tepung dan  kacang tanah sambil pukul lagi sehingga 
adunan sebati. Akhir sekali masukkan buah-buahan campuran dan
gaul rata. 
     Griskan loyang pembakar dan tuang adunan kedalam loyang. Bakar
dengan suhu 180 C' selama 1 jam.
     

KEK COKLAT ll



KEK COKLAT ll
BAHAN-BAHAN: A
300 gm Gula Kastor
200 gm Mentega
200 gm Tepung Naik Sendiri
8 Biji Telur
Sedikit Esen Vanila


BAHAN-BAHAN: B
62 gm Serbuk Koko
50 gm Gula Kastor
250 gm Air


HIASAN
Coklat Masak - dicairkan


CARA MEMBUATNYA
     Pukul mentega dan gula kastor sehingga kembang. Masukkan
esen vanila dan pukul lagi sehingga sebati. Kemudian masukkan 
telur satu persatu dan gaul sehingga sebati.
     Dibekas yang lain, campurkan semua bahan B, kemudian masukkan 
kedalam bahan A yang telah dipukul tadi. Akhir sekali masukkan tepung 
naik sendiri dan kacau sehingga sebati.
     Griskan loyang pembakar yang telah dialas kertas dan tuang adunan 
tadi kedalam loyang. Bakar dengan suhu 180 C'  selama 1 jam. Apabila
telah masak sejukkan dan letakkan coklat masak yang telah dicairkan diatas
permukaan kek. Kemudian masukkan kek kedalam peti sejuk barulah dihidangkan.

Wednesday 15 February 2012

GANACHE

GANACHE COKLAT

BAHAN-BAHANNYA
300 gm Krim Putar
600 gm Coklat Masakan - dicincang halus
1/2 cwn Sirap Glukos / Madu
2 sdk Mentega


CARA MEMBUATNYA
      Panaskan krim putar sehingga hampir didih. Tuangkan
kadalam mangkuk berisi coklat masakan. Biarkan coklat 
masakan terendam seketika didalam krim barulah dikacau 
sehingga sebati. Masukkan sirap glukos atau madu dan kacau
lagi. Akhir sekali masukkan mentega. Kacau hingga kesemuanya 
betul-betul sebati. Siap untuk digunakan.


NOTA : Sesuai untuk menghias kek coklat dan sebagainya. 



KEK COKLAT

KEK COKLAT IDAMAN


KEK COKLAT ( ASAS KEK ) 
BAHAN-BAHANNYA
125 gm Tepung Naik Sendira   { diayak
1 sdt Serbuk Penaik                  { bersama
150 gm Gula Halus
125 gm Mentega
2 Biji Telur
1 sdt Esen Vanila
1/2 cwn Serbuk Koko    { diayak


CARA MEMBUATNYA
     Pukul gula dan mentega hingga kembang. Masukkan telur
 dan esen vanila dan pukul lagi. Kemudian masukkan serbuk
koko dan pukul lagi hingga sebati. Masukkan tepung sedikit 
demi sedikit sambil digaul rata.
     Tuang adunan kedalam loyang yang telah dialas dengan 
kertas dan digris dengan sedikit mentega. Ratakan permukaan
adunan dengan pisau atau sudu untuk membuang gelembung-
gelembung udara yang teperangkap.Bakar didalam ketuhar 
selama 30 minit pada suhu 170 C'.


NOTA: Kek ini boleh dihias dengan krim mentega atau ganache
coklat. Pastikan kek betul-betul sejuk untuk dihias.Boleh dihias
untuk dijadikan kek ulang tahun atau sebagainya mengikut citarasa
anda.


                    KEK COKLAT GATEAU


 Untuk membuat krim mentega dan ganache coklat klik saja pada
resepi krim mentega dan ganache. 

Tuesday 14 February 2012

LAPIS BATIK SERI SERAWAK ( II )





LAPIS BATIK SERI SERAWAK
RESEPI: RABIAH AMIT


BAHAN-BAHAN: A
20 Biji Kuning Telur
6 Biji Putih Telur
180 gm Gula Kastor
150 gm Tepung Hongkon
1 sdm Ovallete


BAHAN-BAHAN: B
480 gm Mentega
100 gm Horlick
6 sdm Susu Pekat
Pewarna Kuning, Hijau dan Ungu


CARA MEMBUATNYA
   pukul semua bahan A sehingga pekat dan ketepikan.
Dibekas berasingan pukul semua bahan B sehingga putih.
Campirkan kedua-dua adunan ini dan gaul sehingga rata.
Bagi adunan kepada 3 bahagian.Warna setiap satu bahagian
dengan pewarna hijau,kuning dan ungu.
   Gunakan loyang 8 1/2 x 8 1/2 x 3 yang telah dialas kertas dan
disapu sedikit mentega. Untuk lapisan pertama masukkan adunan 
berwana hijau. Bakar sehingga masak kemudian masukkan adunan
berwarna kuning dan bakar lagi sehingga masak diikuti adunan 
berwarna ungu. Ulangi proses melapis dan bakar sehingga kelapisan
yang terakhir. Untuk lapisan terakhir, masukkan 2 sudu makan adunan
berwarna hijau ,diikuti 2 sudu makan adunan berwarna kuning dan akhir 
sekali 2 sudu makan adunan berwarna ungu. Lorekkan dengan lidi dari
hujung ke hujung untuk mendapatkan corak batik. Bakar sehingga masak.

Monday 13 February 2012

INFO

Jika kita telah tahu cara membuat kek,
kita perlu tahu cara menyejukkan, mengeluarkan dan
menyimpan kek sebelum dihias. Kek sifon dan
kek span, perlu diterbalekkan segera setelah dikeluarkan
dari ketuhar sementara kek mentega perlu dikeluarkan setelah ia boleh 
disentuh dengan tangan, bukan sejuk sepenuhnya.Ada beberapa jenis 
kek yang tidak boleh dibiarkan terlalu lama didalam loyang kerana akan
menjadi kecut.

KEK MENTEGA

Birthday Cake







KEK MENTEGA
Kek ini boleh dijadikan kek asas untuk membuat kek
ulangtahun atau kek perkahwinan  


BAHAN-BAHANNYA
250 gm Mentega
200 gm Gula Kastor
250 gm Tepung Gandum
1 sdt Serbuk Penaik
4 Biji Telur
4 sdb Susu Cair
1 1/2 sdt Esen Vanila


CARA MEMBUATNYA
   Pukul mentega dan gula sehingga benar-benar ringan.
Masukkan telur sebiji-sebiji kemudian masukkan esen vanila.
Masukkan tepung berselang -seli dengan susu cair, mulai 
dengan tepung dan akhiri dengan tepung. Menggunakan sendok 
kayu atau scrapper adalah lebih baik untuk mengacau adunan ini.
   Tuang adunan kedalam loyang yang telah dilenser dan dialas kertas.
Goyangkan. Letak loyang adunan diatas rak tengah ketuhar dan bakar 
pada suhu 160 C' selama 45 minit atau sehingga kek masak.
   
  Pastikan kek betul-betul sejuk jika ingin menghias kek dengan krim
mentega...


KRIM MENTEGA ( 1 )


BAHAN-BAHANNYA
500 gm Krimwell
200 gm Lemak Sayuran ( Shortening )
160 gm Gula Aising
2 sdb Susu Pekat -jika suka
1 sdt Esen Vanila
1/2 sdt Minyak Mentega ( Butter Oil )


CARA MEMBUATNYA
   Putar krimwell dan lemak sayuran sehingga gebu. Masukkan
susu pekat dan putar. Masukkan vanila dan minyak mentega.
Kemudian masukkan gula aising dan putar hingga menjadi sebati.

Tuesday 7 February 2012

KEK LAPIS CADBURY






Satu lagi resepi kek lapis dari  Blog Abang Rozzan yang mudah 
dan sedap...

 KEK LAPIS CADBURY

BAHAN-BAHANNYA

500 gm mentega
10 biji telur
150 gm gula
100 gm tepung biskut marie
1 peket santan serbuk (50 gm)
100 gm susu manis
180 gm tepung gandum-akak guna tepung hongkong
coklat cadbury secukupnya -dalam 2 paket

CARA MEMBUATNYA



   Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur 
satu persatu hingga habis.Masukkan tepung biskut marie, 
tepung gandum, santan dan susu. Gaul rata.Bahagikan kepada 2 bahagian.Satu bahagian dimasukkan koko  anggaran 1 sudu besar
dan gaulkan hingga sebati.
  Bakar lapisan pertama plain  hingga masak. Ratakan adunan 
untuk lapisan kedua dan susun coklat cadbury. Bakar hingga 
masak. Ulang hingga habis.

Gunakan Loyang 9”x9” (saya gunakan 8"x8")
Gunakan api grill sahaja dgn suhu kira-kira 200 C'
Masa membakar kira-kira 1 jam 20 minit.

Friday 3 February 2012

PAI TUNA CENDAWAN

PAI TUNA CENDAWAN


BAHAN DOH :
3/4 kg Tepung Gandum
3 sdm Mrgerin Planta
1 Biji Telur Merah
Air sejuk dari peti ais


CARA MEMBUAT DOH 
   Uli tepung dengan margerin,masukkan merah telur
dan gaul lagi, Kemudian masukkan air sejuk sedikit demi
sedikit sambil menguli. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
Rehatkan doh seketika.
   Canai doh jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis. Letakkan
dalam acuan pai. Untuk satu acuan buatkan dua keping satu bahagian
untuk menutup lapisan atas.


BAHAN INTINYA :
2 Tin Tuna
1 Biji Bawang Besar - didadu
2 Biji Cili Merah - dihiris halus
Cendawan secukupnya - dihiris
1 sdm Minyak


CARA MEMBUATNYA :
  Panaskan minyak,tumis bawang besar yang telah didadu.
Masukkan cili , cendawan dan tuna. Masak selama 5 minit sahaja.
    Sediakan acuan pai yang telas disapu sedikit margerin. Masukkan 
 lapisan doh pertama kedalam acuan pai dan tekankan sedikit, Masukkan
inti kemudian tutup dengan lapisan kedua diatasnya. Kemaskan 
disekeliling doh kemudian bakar pai didalam ketuhar bersuhu 150 'C 
selama 30 minit. Keluarkan pai dari ketuhar sapukan merah telur diatas 
pai dan bakar lagi selama 5 minit.