kita tekun, sabar dan tak mudah putus asa insyaallah inilah hasilnya...saya
belajar membuat kueh bangkit ini daripada kakak ipar 18 tahun yang lalu...
Salah satu kueh yang mesti ada diatas meja setiap kali Hari Raya...
Terimakaseh Kak Enon.
BANGKIT SAGU
RESEPI : LILY MARIA
BAHAN - BAHANNYA :
1 Paket Tepung Sagu
1 sdt Tepung Gandum
2 Biji Kuning Telur
200 gm Gula Halus
180 gm Santan pekat ( dari satu biji kelapa )
Daun Pandan
CARA MEMBUATNYA :
Tepung sagu dan tepung gandum digoreng bersama daun pandan
selama 15 minit atau sehingga tepung menjadi ringan. Sejukkan dan
diayak.
Santan dimasak hingga berwap sahaja dan disejukkan. Kacau telur
dan gula dengan santan kemudian masukkan tepung sagu sedikit-sedikit.
Adun sehingga rata.Kemudian cetak mengikut acuan kesukaan dan bakar
didalam ketuhar pada suhu 150 'C selama 15 minit.
No comments:
Post a Comment