Saturday 31 December 2011

RENDANG AYAM MINANG




RENDANG AYAM MINANG


BAHAN - BAHANNYA :
1 ekor Ayam - potong kecil
3 helai Daun Kunyit - disiat2
2 batang Serai - diketuk
1/2 cawan Minyak
200ml Santan Pekat
2 sudu besar Kerisik
1 sudu besar Gula
Air secukupnya
Garam


BAHAN - BAHAN  KISAR :
15 Cili Kering 
5 Cili Api 
3 Bawang Besar
10 biji Bawang Merah
8 biji Bawang Putih
1 in Halia
1 in Lengkuas
1 in Kunyit
4 batang Serai


CARA - CARA MEMBUATNYA :
     Tumis bahan - bahan kisar hingga wangi. Masukkan ayam
 serta serai yang telah diketuk , kacau rata. masukkan santan, 
air, daun limau purut,daun kunyit ,gula dan garam .
Biar mendidih dan agak pekat barulah dimasukkan kerisik dan 
hirisan daun kunyit. Masak  hingga naik minyak. Hidangkan 
bersama nasi himpit atau nasi putih.


   

Thursday 18 August 2011

BANGKIT SAGU


Tak semua orang boleh menghasilkan kueh bangkit yang baik, Tetapi jika 
kita tekun, sabar dan tak mudah putus asa insyaallah inilah hasilnya...saya 
belajar membuat kueh bangkit ini daripada kakak ipar 18 tahun yang lalu...
Salah satu kueh yang mesti ada diatas meja setiap kali Hari Raya...
Terimakaseh Kak Enon.


 BANGKIT SAGU
RESEPI : LILY MARIA


BAHAN - BAHANNYA :
1 Paket Tepung Sagu
1 sdt Tepung Gandum
2 Biji Kuning Telur
200 gm Gula Halus
180 gm Santan pekat ( dari satu biji kelapa )
Daun Pandan


CARA MEMBUATNYA : 

  Tepung sagu dan tepung gandum digoreng bersama daun pandan
selama 15 minit atau sehingga tepung menjadi ringan. Sejukkan dan
diayak.
   Santan dimasak hingga berwap sahaja dan disejukkan. Kacau telur 
dan gula dengan santan kemudian masukkan tepung sagu sedikit-sedikit.
Adun sehingga rata.Kemudian cetak mengikut acuan kesukaan dan  bakar
didalam ketuhar pada suhu 150 'C selama 15 minit.


             

                 

BISKUT SARANG SEMUT


BISKUT SARANG SEMUT
RESEPI : LILY MARIA ( 2011 )


BAHAN - BAHANNYA :
250 gm Mentega
100 gm Gula Halus
380 gm Tepung Gandum     } diayak
100 gm Tepung Jagung      } bersama
60 gm  Tepung susu           }
1 Biji Kuning Telur
1 sdt Esen Vanila
Coklat Urai
Cawan Kertas secukupnya


CARA MEMBUATNYA :
   Pukul mentega dan gula hingga sebati kemudian masukkan kuning
telur dan esen vanila. Setelah sebati masukkan tepung gandum dan
tepung jagung. Adun sehingga adunan menjadi sebati dan lembut.
   Parut adunan dan masukkan kedalam cawan kertas. Hias dengan
coklat urai diatasnya dan bakar dalam ketuhar pada suhu 150 'C selama
15 minit.

Saturday 13 August 2011

BISKUT KELAPA NESTUM





BISKUT KELAPA NESTUM
RESEPI : LILYMARIA  ( 2011 )


BAHAN - BAHAN A :
480 gm Tepung Gandum   }
2 sdt Krim Tar - Tar           } diayak
1 sdt Soda Bicarbonat       } bersama
1/2 sdt Garam Halus         }


BAHAN - BAHAN B :
2 cawan Nestum Original
1 cawan Kelapa Kering
1 cawan Cincangan Badam dan Gajus


BAHAN - BAHAN C :
400 gm Mentega
220 gm Gula Kastor
120 gm Gula Perang
2 Biji Kuning Telur 
2 sdt Esen Vanila
Coklat M & M - untuk hiasan
Nestum secukupnya




CARA MEMBUATNYA :
   Satukan bahan-bahan A yang telah diayak bersama dengan
bahan-bahan B. Pukul mentega, gula halus dan gula perang
hingga sebati. Masukkan esen vanila dan telur sambil dipukul 
lagi sehingga adunan menjadi sebati. Masukkan campuran
tepung dan kaup balikkan sehingga adunan sebati dan boleh
dikepal.
  Ambil sedikit adunan bulat-bulatkan kemudian golek dan 
salutkan adunan dengan nestum dan susun diatas dulang 
pembakar yang telah dilenser. Hias dengan coklat m &m.
   Bakar dalam ketuhar bersuhu 180'C selama 10 - 15 minit atau 
hingga kekuningan.

Thursday 11 August 2011

BISKUT DAHLIA




BISKUT DAHLIA
RESEPI : LILY MARIA ( 2011 )

BAHAN - BAHANNYA :
320 gm Mentega
500 gm Tepung Gandum
25 gm Tepung Kastad
180 gm Gula Aising
2 Biji Kuning Telur
1 sdt Esen Vanila
Sedikit Ceri Merah - dipotong kecil untuk hiasan



CARA MEMBUATNYA :
   Pukul mentega dan gula aising sehingga sebati. Kemudian
masukkan kuning telur dan esen vanila sambil dipukul lagi
sehingga sebati semuanya. Masukkan tepung gandum dan tepung
kastad yang telah diayak sedikit demi sedikit.
   Dengan menggunakan acuan biskut dahlia cetak adunan didalam
dulang pembakar yang telah digris dengan sedikit mentega. Hiaskan
dengan ceri merah diatas dan bakar dalam ketuhar pada suhu 150'C
selama 15 minit.

KUEH MAKMUR





 BISKUT MAKMUR  ( 2011 )
 RESEPI : LILY MARIA


BAHAN - BAHANNYA :
750 gm Tepung Gandum
250 gm Mentega
50 gm  Minyak Sapi Qbb
50 gm Gula Halus
1 sdt Esen Vanila


BAHAN INTI :
300 gm Kacang Tanah - digoreng tanpa minyak dan dikisar
120 gm Gula Halus
   Kacang dan gula digaul rata. Ketepikan


CARA MEMBUATNYA :
   Pukul mentega, minyak sapi dan gula sehingga sebati. Masukkan
Telur dan esen vanila. Kemudian masukkan tepung sedikit-sedikit
dan pukul sehingga adunan menjadi sebati dan tidak melekat.
   Ambil sedikit adunan dan masukkan sedikit inti kacang. Bentukkan
 dan sepit adunan untuk mendapatkan bentuk daun.
   Bakar adunan didalam ketuhar bersuhu 150 'C selama 15 hingga 
20 minit. Biarkan biskut betul2 sejuk barulah ditaburkan gula halus.



Monday 8 August 2011

TART KEJU




TART KEJU


BAHAN BISKUT :
70 gm Mentega
150 gm Gula Aising
170 gm Tepung Gandum
Sedikit Esen Vanila


BAHAN INTI :
100 gm Krim Keju
4 Biji Kuning Telur
3 Biji Putih Telur
Coklat Masakan - Hiasan


CARA MEMBUAT INTI :
   Satukan krim keju, kuning telur dan putih telur.
Pukul sehingga pekat dan sebati. Ketepikan.


CARA MEMBUATNYA :
   Pukul mentega bersama gula sehingga adunan menjadi putih
dan gebu. Msukkan esen vanila dan kacau adunan hingga sebati.
Kemudian masukkan tepung dan uli sehingga menjadi doh yang 
lembut. Gunakan acuan mangkuk tart untuk membakar .
   Masukkan sedikit adunan kedalam acuan dan bentukkan mengikut
acuan. Masukkan inti kedalam adunan. Dengan mengunakan lidi
lorekkan coklat masakan diatas inti tart dan bakar didalam ketuhar
dengan suhu 180 'C selama 25 minit.
   



BISKUT SARI KELAPA



BISKUT SARI KELAPA


BAHAB - BAHANNYA:
300 ml Telur putih
250 gm Gula
200 gm Kelapa Kering
30 gm Tepung Jagung
50 gm Kismis
Pewarna Hijau dan Merah


CARA MEMBUATNYA :
   Pukul putih telur dengan gula hingga kembang. Masukkan 
kelapa kering dan tepung jagung. Tambahkan kismis dan 
bahagi dua untuk dicampurkan dengan pewarna hijau dan
merah. Pukul setiap adunan sehingga sebati.
   Terap adunan mengikut acuan kesukaan dan bakar didalam 
ketuhar dengan suhu 180'C selama 30 minit.


Wednesday 11 May 2011

BISKUT KENCHANA TIRANA



BISKUT NESCAFE





BISKUT KOKO OAT



BISKUT LAYARAN



BISKUT LEMAK MANIS



BISKUT MANIS BERSARI



BISKUT RASA SAYANG



BISKUT SELERA SIHAT



BROWINIE WALNUT



CHOCOLATE BERRY CRUMB



KON MADU