BISKUT CIP COKLAT
BAHAN-BAHANNYA
250 gm Mentega
180 gm Gula Kastor
120 gm Telur ( 2 Biji )
400 gm Tepung Superfine {
1 sdt Serbuk Penaik { diayak bersama
1/2 sdt Soda Bikarbonat {
50 gm Serbuk Koko
250 gm Cip Coklat
CARA MEMBUATNYA
Pukul mentega dan gula selama 5 minit sehingga naik
dan kembang. Masukkan telur dan putar sebati pada kelajuan
sederhana selama 3 minit. Masuk tepung yang telah diayak
bersama dan kacau sebati untuk membentuk doh. Masukkan
separuh cip coklat kedalam adunan doh dan kacau rata.
Ambil sedikit doh dan bentukkan menjadi bulat dan leperkan
sedikit. Susun didalam dulang pembakar yang sudah digris. Hias
dengan lebihan cip coklat tadi.
Bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 180 'C
selama 15 minit sehingga masak keperangan.
No comments:
Post a Comment