TART MEKAH
BAHAN-BAHANNYA
250 gm Mentega
500 gm Tepung Gandum
3 Biji Kuning Telur
2 sdt Air Garam
50 gm Gula Aising
Jem Nenas
Cawan Kertas
CARA MEMBUATNYA
Pukul mentega bersama gula sehingga adunan
manjadi gebu. Kemudian masukkan kuning telur
telur dan kacau adunan sehingga sebati. Masukkan
tepung dan air garam. Canai adunan sehingga menjadi
doh yang lembut.
Terap dengan acuan dan masukkan didalam cawan
kertas.Susun diatas dulang pembakar dan letakkan jem
nenas ditengah-tengah biskut. Bakar pada suhu 180 'C
selama 25 minit.
No comments:
Post a Comment