BAHAN-BAHANNYA
2 Cawan Tepung Gandum {
1/2 sdt Serbuk Penaik { diayak bersama
1/2 sdt Soda {
1/4 sdt Garam {
1 1/2 Cawan Bijirin Nestum
1/2 Cawan Cip Coklat
1/2 Cawan Cincangan Walnut
150 gm Mentega / Marjerin
100 gm Lelemak
100 gm Mentega Kacang Kasar
1 1/4 Padat Gula Perang
1 sdt Esen Vanila
1 Biji Telur
Walnut - untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA
Satukan bijiran nestum bersama tepung yang telah
diayak bersama. Gaul rata. Ketepikan.
Krimkan mentega, lelemak, mentega kacang dan gula
hingga sebati. Masukkan telur dan pukul sebati. Masukkan
tepung dan kaup balikkan sehingga adunan menjadi sebati.
Ambil satu sudu teh adunan, letakkan diatas dulang pembakar
yang telah dilenser.Ratakan sedikit dan hias dengan walnut.
Bakar dalam ketuhar bersuhu 180 'C selama 10 - 15 minit.
No comments:
Post a Comment