Friday 3 February 2012

PAI TUNA CENDAWAN

PAI TUNA CENDAWAN


BAHAN DOH :
3/4 kg Tepung Gandum
3 sdm Mrgerin Planta
1 Biji Telur Merah
Air sejuk dari peti ais


CARA MEMBUAT DOH 
   Uli tepung dengan margerin,masukkan merah telur
dan gaul lagi, Kemudian masukkan air sejuk sedikit demi
sedikit sambil menguli. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
Rehatkan doh seketika.
   Canai doh jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis. Letakkan
dalam acuan pai. Untuk satu acuan buatkan dua keping satu bahagian
untuk menutup lapisan atas.


BAHAN INTINYA :
2 Tin Tuna
1 Biji Bawang Besar - didadu
2 Biji Cili Merah - dihiris halus
Cendawan secukupnya - dihiris
1 sdm Minyak


CARA MEMBUATNYA :
  Panaskan minyak,tumis bawang besar yang telah didadu.
Masukkan cili , cendawan dan tuna. Masak selama 5 minit sahaja.
    Sediakan acuan pai yang telas disapu sedikit margerin. Masukkan 
 lapisan doh pertama kedalam acuan pai dan tekankan sedikit, Masukkan
inti kemudian tutup dengan lapisan kedua diatasnya. Kemaskan 
disekeliling doh kemudian bakar pai didalam ketuhar bersuhu 150 'C 
selama 30 minit. Keluarkan pai dari ketuhar sapukan merah telur diatas 
pai dan bakar lagi selama 5 minit.

No comments:

Post a Comment