Wednesday 27 April 2011

AYAM LADA MERAH


AYAM LADA MERAH
RESEPI: LILY MARIA ( 28/04/2011  )
BAHAN-BAHANNYA

1 kg. Ayam - dipotong kecil dan bersihkan
10 tangkai Cili Merah     }
10 ulas Bawang Merah    } dikisar
5 ulas Bawang Putih       } bersama
1 cm. Halia                       }
40 gm. Puri Tomato
50 gm. Gula Melaka
2 tangkai Cili Hijau - dihiris serong
1 biji Bawang Besar - dibelah dua dan dihiris bulat
2 batang Serai - dititik
3 biji Tomato - dibelah empat
1 cawan Air
sedikit Kunyit Serbuk
sedikit Garam
sedikit Serbuk Perasa - jika suka 
Minyak

CARA MEMBUATNYA

  Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Panaskan
minyak kemudian goreng ayam sehingga masak, tetapi jangan 
terlalu garing. Ketepikan.
   Panaskan minyak didalam kuali kemudian tumis bahan-bahan
yang telah dikisar dan masukkan serai. Masak sehingga garing 
kemudian masukkan puri tomato dan gula melaka.
   Setelah itu masukkan air. Kacau sehingga kuah agak pekat
barulah dimasukkan ayam, tomato buah dan cili hijau. Tambahkan 
sedikit garam dan serbuk perasa jika suka.

NOTA:
Ini adalah resepi terbaru dan fresh dari dapur Maria.
Kepada semua, selamat mencuba...

Tuesday 26 April 2011

DAGING HITAM MANIS


DAGING HITAM MANIS
SUMBER: MAJALAH KELUARGA

BAHAN - BAHANNYA

600 gm. Daging
100 gm. Bawang Merah     }
50 gm. Bawanh pitih          } dihiris
1.5 sm. Halia                       }
2 batang Serai - diketuk
2 helai Daun Kari
1 sudu makan Serbuk Cili
1 sudu makan Rempah Kari Daging
2 sudu makan Serbuk ketumbar
2 sudu makan Jintan Manis
2 sudu makan Jintan Putih
3 sudu makan Air Asam Jawa
1/2 cawan Kicap Manis
Garam secukup rasa
5 kuntum Bunga Lawang
5 kuntum Bunga Cengkih
5 biji Buah Pelaga
3 sm. Kulit Kayu Manis
sedikit Minyak

CARA MEMBUATNYA

   Panaskan minyak,kemudian masukkan bunga lawang, bunga cengkih,
kulit kayu manis dan buag pelaga. Masukkan bawang merah, bawang 
putih dan halia.Tumis hingga naik bau kemudian masukkan daun kari 
dan serai.
   Masukkan serbuk cili, rempah kari daging, serbuk ketumbar, jintan 
manis dan jintan putih. Campurkan sedikit air dan tumis hingga naik 
bau. Masukkan daging dan diikuti kicap manis. Selepas daging empuk, 
masukkan air asam jawa dan garam secukupnya. 

BISTIK DAGING



BISTIK DAGING
SUMBER: MAJALAH KELUARGA

BAHAN - BAHANNYA
  
600 gm. Ubi kentang - dipotong nipis
30 gm. Halia                     } dihiris
50 gm. Bawang putih       } dihiris
2 labi Bawang Besar - dipotong bulat
2 biji Kentang - dipotong enam dan digoreng
30 gm. Kacang Pis ( dalam tin )
3 tangkai Cili Merah      }dibelah dua
3 tangkai Cili Hijau        }
2 biji Tomato - dipotong enam
2 sudu makan Kicap Pekat Masin
2 sudu teh Lada Hitam - dikisar

CARA MEMBUATNYA 

   Panaskan minyak , kemudian tumis bawang putih dan halia, tumis
hingga naik bau. Masukkan daging dan kacau hingga separuh masak.
Kemudian masukkan kicap. Kacau hingga daging menjadi lembut,
kemudian masukkan kentang.
   Masukkan lada hitam, bawang besar, cili merah dan cili hijau. Akhir
sekali , masukkan tomato dan kacang pis. Kacau hingga rata sebelum
api ditutup. 

AYAM PANGGANG SOS BBQ




AYAM PANGGANG SOS BBQ
SUMBER: MAJALAH KELUARGA

BAHAN - BAHANNYA

1/2 ekor Ayam
1 biji Lada Benggala Hijau     }
1 biji Lada Benggala Merah   } dipotog dadu halus
1 labu Bawane Besar              }
2 sudu makan Cili Sos
1 biji Tomayo - dicincang halus
3 sudu makan Serbuk Cajun
2 Thyme - sejenis herba yang wangi daunnya
1 sudu makan Mentega
Gula dan Garam secukupnya

CARA MEMBUATNYA

Gaul ayam bersama garam, cajun, thyme dan mentega. Kemudian,
masukkan dalam ketuhar dan bakar pada suhu 170 'C selama 45 minit.
   Tumis bawang dan lada. Selepas itu masukkan cili sos tomato. Masukkan
garam dan gula secukupnya. Keluarkan ayam dan tuang sos diatas ayam.

SAYUR CAMPUR



SAYUR CAMPUR
RESEPI: LILY MARIA


BAHAN-BAHAN HIRIS:


2 biji Lada Benggala Merah
2 biji Lada Benggala Hijau
1 tin besar Cendawan Butang
1 tin besar Jagung Muda
2 batang Lobak Merah
1 biji Bunga Kubis
1 biji Kubis
300 gm. Kacang Panjang


BAHAN TUMIS:


10 gm. Bawang Putih
2 camca besar Tepung Jagung
sedikit Garam 
sedikit Serbuk Perasa
sedikit Minyak  


CARA MEMBUATNYA


   Basuh dan sejat semua bahan yang telah dihiris, ketepikan.
Panaskan minyak, masukkan bahan tumis dan kacau sehingga
wangi. Masukkan sayur hiris, garam dan bahan perasa. Kacau
lagi beberapa minit, angkat dan hidang.

SUP TOMYAM AYAM



SUP TOM YAM AYAM
RESEPI: JELITA


BAHAN-BAHANNYA


1 kg. Ayam  ( dibersih dan dipotong kecil )
2 liter Air
6 batang Serai       } dititik
20 biji Cili Padi     }
3 biji Bawang Besar                    } 
2 batang Lobak Merah                } dihiris
1 tin besar Cendawan Butang     }
1 tin besar Jagung Muda
4 biji Tomato - dibelah empat
10 biji Limau Nipis - diperah ambil airnya
2 tangkai Daun Ketumbar       } dihiris
10 helai Daun limau Purut      }
sedikit Gula
sedikit Garam
sedikit Serbuk Perasa


CARA MEMBUATNYA


   Jerang air sehingga mendidih. Masukkan ayam, diikuti semua
bahan lain. Akhir sekali baru dimasukkan tomato. Bubuh garam, 
gula dan serbuk perasa sebelum diangkat.

KARI KEPALA IKAN


KARI KEPALA IKAN
RESEPI: LILYMARIA

BAHAN-BAHANNYA

3 kilo Kepala Ikan Merah
500 gm. Kacang Bendir     }  dipotong
500 gm. Terung                 }   kecil
200 gm. Air Asam Jawa
200 ml. Santan
sedikit Garam dan Serbuk Perasa

BAHAN TUMIS:

200 gm. Bawang Merah    }  
300 gm. Bawang Putih     } dincincang
300 gm. Halia                  }
200 gm. Kulit Kayu Manis
20 gm. Bunga Lawang
20 gm. Buah Pelaga
30 gm. Halba Campur
30 gm. Daun Kari 

CARA MEMBUATNYA

  Panaskan sedikit minyak didalam kuali. Masukkan bawang merah, 
bawang putih dan halia diikuti bahan tumis yang lain.kacau sehingga
wangi. Masukkan rempah kari, santan, air asam jawa, kacang bendir,
dan terung. Kacau sebentar.
   Masukkan kepala ikan dan kacau perlahan-lahan sehingga masak.
bubuh garam dan serbuk perasa secukupnya.

HATI AYAM GORENG MAMAK


HATI AYAM GORENG MAMAK
RESEPI: LILYMARIA


BAHAN-BAHANNYA


300 gm. Hati Ayam
Minyak untuk menggoreng


BAHAN PERAP:


300 gm. Halia                       }
300 gm. Bawandg Merah     } ditumbuk
300 gm. Bawang Putih        }
300 gm. Rempah Kari Daging
200 gm. Serbuk Kunyit
300 gm. Halba Campur
500 gm. Tepung Jagung
20 gm. Daun Kari
2 biji Telur - dipukul


CARA MEMBUATNYA


 Gaulkan hati ayam dengan semua bahan perap dan perapkan
semalaman. Panaskan minyak dan masukkan hati ayam dan
goreng sehingga kekuning-kuningan dan angkat.


NOTA:


  Jika tidak mahu menggunakan hati ayam bolehlah digantikan 
dengan paru, kerana resepi ini sesuai untuk kedua-duanya.


              MUDAH DAN SELAMAT MENCUBA

Monday 25 April 2011

KARI AYAM UBI KENTANG


KARI AYAM UBI KENTANG
RESEPI: LILYMARIA

BAHAN - BAHANNYA

500 gm. Minyak Masak
500 gm. Rempah Kari
1 liter Santan
1 kilo Ubi Kentang ( dibelah empat )
3 kilo Ayam ( dibersih dan dipotong kecil )

BAHAN TUMIS:

500 gm. Bawang Merah  }
300 gm. Bawang Putih   } dicincang
300 gm. Halia                 }
20 gm. Kulit Kayu Manis
20 gm.Bunga Lawang
20 gm. Buah Pelaga
10 gm. Bunga Cengkih

CARA MEMBUATNYA

   Panaskan sedikit minyak didalam kuali, masukkan bawang merah, 
bawang putih dan halia. Tumis sehingga wangi dan masukkan bahan
tumis lain. Tumis lagi sehingga wangi.
   Masukkan rempah kari, santan dan ubi kentang. Kacau sebentar. 
Masukkan ayam dan kacau perlahan - lahan sehingga masak.

NOTA:
   Selain enak dimakan dengan nasi, Kari ayam ubi kentang ini juga 
boleh dimakan dengan roti jala dan roti perancis. 

Sunday 24 April 2011

NASI BERYANI


NASI BERYANI
RESEPI: LILYMARIA

BAHAN - BAHANNYA

200 gm. Minyak Sapi
sedikit Garam
sedikit Serbuk Perasa
sedikit Air
2 kg. Beras Basmathi

BAHAN  A:

300 gm. Bawang Putih           }
30 gm. Bawang Merah           }  dikisar
30 gm. Halia                           }  bersama
30 gm. Badam tanpa kulit     }
30 gm. Kulit Kayu Manis
30 gm. Bunga Cengkih
30 gm. Bunga Lawang
30 gm. Buah Pelaga

BAHAN  B:

100 gm. Rempah Beryani
2 tin Susu Sejat
Air secukupnya - untuk menanak nasi
2 helai Daun Pandan
2 tangkai Daun Ketumbar
Kismis secukupnya

CARA MEMBUATNYA

   Rendam beras basmathi selama 10 minit. Cuci bersih dan toskan.
Panaskan minyak sapi, tumis bahan A sehingga wangi. Masukkan bahan
B kecuali daun ketumbar dan kismis. Kacau rata untuk beberapa minit 
sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan beras dan tanak nasi. 
Setelah nasi masak masukkan daun ketumbar. Taburkan kismis diatas 
nasi beryani ketika menghidang.  

     


AYAM MASAK MADU







AYAM MASAK MADU
SUMBER:MAJALAH JELITA 2007
CHEF NIRMALA DASS


BAHAN A:


1 Ekor Ayam ( dibersihkan dan dipotong lapan )
sedikit Kunyit
sedikit Garam
Minyak untuk menggoreng

BAHAN MENUMIS:


1 camca teh Jintan
2 batang Kulit Kayu Manis
4 kuntum Bunga Lawang
3 biji Bawang Besar -  dihiris
5cm Halia -  dihiris
1 camca teh Serbuk Kunyit
3 camca besar Serbuk Cili
1 camca teh Lada Hitam
1 camca besar Tomato Puri
1/2 cawan Air
1/2 cawan Madu
1 camca besar Kicap Pekat
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA:

   Gaul rata bahan A , panaskan minyak dan goreng sehingga keemasan.
angkat dan ketepikan. Panaskan sedikit minyak, tumis kulit kayu manis,
dan bunga lawang sehingga wangi. Masukkan bawang besar, bersama halia, 
kacau sehingga layu. Masukkan serbuk cili bersama lada hitam. Kacau seketika.
Tuang tomato puri bersam air dan kacau lagi. Masukkan madu, kicap pekat dan garam.
Biar sehingga kuah pekat, masukkan ayam seketika. Angkat dan hidang.

Wednesday 20 April 2011

DAGING HITAM MANIS




DAGING HITAM MANIS
SUMBER: MAJALAH KELUARGA

BAHAN - BAHANNYA

600 gm. Daging
100 gm. Bawang Merah - dihiris
50 gm. Bawanh pitih - dihiris
1.5 sm. Halia - dihiris
2 batang Serai - diketuk
2 helai Daun Kari
1 sudu makan Serbuk Cili
1 sudu makan Rempah Kari Daging
2 sudu makan Serbuk ketumbar
2 sudu makan Jintan Manis
2 sudu makan Jintan Putih
3 sudu makan Air Asam Jawa
1/2 cawan Kicap Manis
Garam secukup rasa
5 kuntum Bunga Lawang
5 kuntum Bunga Cengkih
5 biji Buah Pelaga
3 sm. Kulit Kayu Manis
sedikit Minyak

CARA MEMBUATNYA

   Panaskan minyak,kemudian masukkan bunga lawang, bunga cengkih,
kulit kayu manis dan buag pelaga. Masukkan bawang merah, bawang putih
dan halia.Tumis hingga naik bau kemudian masukkan daun kari dan serai.
   Masukkan serbuk cili, rempah kari daging, serbuk ketumbar, jintan manis
dan jintan putih. Campurkan sedikit air dan tumis hingga naik bau.
   Masukkan daging dan diikuti kicap manis. Selepas daging empuk, masukkan
air asam jawa dan garam secukupnya.

AYAM PANGGANG SOS BBQ




AYAM PANGGANG SOS BBQ
SUMBER: MAJALAH KELUARGA

BAHAN - BAHANNYA

1/2 ekor Ayam
1 biji Lada Benggala Hijau     }
1 biji Lada Benggala Merah   } dipotog dadu halis
1 labu Bawane Besar              }
2 sudu makan Cili Sos
1 biji Tomayo - dicincang halus
3 sudu makan Serbuk Cajun
2 Thyme - sejenis herba yang wangi daunnya
1 sudu makan Mentega
Gula dan Garam secukupnya

CARA MEMBUATNYA

Gaul ayam bersama garam, cajun, thyme dan mentega. Kemudian,
masukkan dalam ketuhar dan bakar pada suhu 170 'C selama 45 minit.
   Tumis bawang dan lada. Selepas itu masukkan cili sos tomato. Masukkan
garam dan gula secukupnya. Keluarkan ayam dan tuang sos diatas ayam.


GULAI KACANG BERTEMPE





GULAI KACANG BERTEMPE
SUMBER: MAJALAH JELITA

BAHAN - BAHANNYA

600 gm. Kacang Panjang - hiris serong
1 batang Lobak Merah - dihiris halus
3 tangkai Cili Merah - potong serong
1 keping Tauhu - dipotong dadu dan digoreng
1 keping Tempe - dipotong dadu dan digoreng
1 helai Daun Kunyit - dihiris
1/2 sm. Kunyit Hidup - dikisar
50 gm. Bawang Merah - dikisar
2 batang Serai - diketuk
10 tangkai Cili Kering - rebus dan kisar
1 cawan Santan
10 gm. Ikan Bilis
1/2 cawan Air

CARA MEMBUATNYA

   Panaskan minyak, kemudain masukkan bawang, serai, cili kering,
ikan bilis dan kunyit hidup. Masukkan air dan biarkan hingga mendidih.
Kemudian masukkan lobak merah, kacang panjang, daun kunyit, tauhu dan
tempe.
   Selepas itu, masukkan santan diikuti dengan garam. Perlahankan api dan
biar seketika hingga mendidih.

BISTIK DADING





BISTIK DAGING
SUMBER: MAJALAH KELUARGA

BAHAN - BAHANNYA

600 gm. Ubi kentang - dipotong nipis
30 gm. Halia - dihiris
50 gm. Bawang putih - dihiris
2 labi Bawang Besar - dipotong bulat
2 biji Kentang - dipotong enam dan digoreng
30 gm. Kacang Pis ( dalam tin )
3 tangkai Cili Merah - dibelah dua
3 tangkai Cili Hijau - dibelah dua
2 biji Tomato - dipotong enam
2 sudu makan Kicap Pekat Masin
2 sudu teh Lada Hitam - dikisar

CARA MEMBUATNYA

   Panaskan minyak , kemudian tumis bawang putih dan halia, tumis
hingga naik bau. Masukkan daging dan kacau hingga separuh masak.
Kemudian masukkan kicap. Kacau hingga daging menjadi lembut,
kemudian masukkan kentang.
   Masukkan lada hitam, bawang besar, cili merah dan cili hijau. Akhir
sekali , masukkan tomato dan kacang pis. Kacau hingga rata sebelum
api ditutup.