Tuesday 7 February 2012

KEK LAPIS CADBURY






Satu lagi resepi kek lapis dari  Blog Abang Rozzan yang mudah 
dan sedap...

 KEK LAPIS CADBURY

BAHAN-BAHANNYA

500 gm mentega
10 biji telur
150 gm gula
100 gm tepung biskut marie
1 peket santan serbuk (50 gm)
100 gm susu manis
180 gm tepung gandum-akak guna tepung hongkong
coklat cadbury secukupnya -dalam 2 paket

CARA MEMBUATNYA



   Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur 
satu persatu hingga habis.Masukkan tepung biskut marie, 
tepung gandum, santan dan susu. Gaul rata.Bahagikan kepada 2 bahagian.Satu bahagian dimasukkan koko  anggaran 1 sudu besar
dan gaulkan hingga sebati.
  Bakar lapisan pertama plain  hingga masak. Ratakan adunan 
untuk lapisan kedua dan susun coklat cadbury. Bakar hingga 
masak. Ulang hingga habis.

Gunakan Loyang 9”x9” (saya gunakan 8"x8")
Gunakan api grill sahaja dgn suhu kira-kira 200 C'
Masa membakar kira-kira 1 jam 20 minit.

No comments:

Post a Comment